Thursday, February 9, 2012

full sinopsis 6:20 bab 17-19

Bab 17 – Ahad Pagi
Pada pagi Ahad, Teja dan Rafiq telah menunggu Sukma di hadapan Kelab WX2. Kak Ros dan Sukma serta rakan-rakannya telah memasuki premis Kelab WX2 tetapi tidak menemui sebarang maklumat yang mencurigakan. Jerry telah datang untuk berjumpa Sukma dan memberitahu bahawa dia bersama-sama keluarganya akan pergi dari daerah itu, tetapi Sukma meminta Jerry memberi kerjasama dengan membuat keterangan sebagai saksi nanti. Jerry menceritakan bahawa sasaran kumpulan itu amat besar. Mereka mewujudkan fahaman baharu yang bermatlamatkan kekuasaan. Setiap ahli kumpulan telah ditentukan pilihan, kebebasan dan kehidupan yang bakal diperoleh oleh mereka. Mereka juga disuntik dengan cecair yang berwarna merah yang dikenali sebagai “Pati 1” bagi memastikan aktiviti mempengaruhi pemikiran mereka lebih mudah dijalankan. Menurut Jerry lagi, terdapat juga suntikan yang lain digunakan untuk mereka bertindak lebih ganas kerana hilang kewarasan dan ditekan oleh depresi yang keterlaluan. Suntikan ini diberi kepada mereka yang ingkar dan cuba membongkar rahsia pergerakan mereka. Semua ini telah dialami oleh Abang Aim. Menurut Jerry lagi, Kelab WX2 itu adalah ruang sepi dan bukan sekadar kelab hiburan semata-mata.
Bab 18 – Ahad Petang
Rafiq datang bertemu Sukma untuk memberitahu bahawa Iskandar telah memberi maklumat tentang tempat kumpulan Kelab WX2 berkumpul iaitu di bangunan biru di hujung daerah itu. Mereka akan memulakan aktiviti mereka pada malam itu di bandar raya. Bilangan mereka sangat ramai. Mereka akan membuat rusuhan. Rafiq telah melaporkan kepada Kak Ros tentang perancangan tersebut. Iskandar tiba-tiba datang dan memberitahu kepada Sukma bahawa dia telah sedar akan kesilapan yang telah dilakukannya dan dia berjanji membantu Sukma menyelesaikan masalah tersebut. Sukma menasihati Iskandar agar menghindari aktivis seperti itu. Mereka meneruskan perancangan berdasarkan maklumat yang diberi oleh Iskandar. Pihak berkuasa juga telah sampai ke tempat yang diberitahu. Beberapa jam kemudian, pihak polis telah berjaya membuat tangkapan terhadap ahli-ahli kumpulan tersebut.
Bab 19 – Hari Ini
Sukma berasa bersalah kerana mengesyaki ibunya terlibat dalam kumpulan itu. Sebenarnya, Puan Delia ialah perisik kerajaan yang menganggotai kumpulan WX2 untuk mengetahui dengan lebih mendalam teori dan pemikiran yang cuba diserapkan oleh anasir yang menyerang secara senyap. Puan Delia telah tercedera dan koma di hospital akibat terkena tembakan ahli kumpulan itu semasa operasi.

No comments:

Post a Comment