Thursday, February 9, 2012

full sinopsis 6:20 bab 1-4

Bab 1 – Isnin
Seorang perempuan tua (nenek) tiba-tiba muncul tepat jam 6:20 Subuh Isnin di hadapan pintu pagar rumah Tuan Haji Syakir. Sukma, anak Tuan Haji Syakir ingin membuka pintu pagar rumah tetapi dihalang oleh ibunya, Puan Delia atas alasan tidak mengenali perempuan tua tersebut. Sukma yang tidak mengendahkan nasihat ibunya terus membuka pintu pagar. Malangnya, perempuan tua tersebut sudah tiada. Keadaan ini menimbulkan tanda tanya kepada Sukma sehingga dia tidak dapat menumpukan perhatian pada kuliah kegemarannya iaitu ‘Tamadun Islam Melalui Seni Bina’ yang diajar Profesor Darul.
Bab 2 – Selasa
Pada jam 6:20 pagi Selasa, seorang lelaki muda muncul di hadapan pintu pagar rumah Tuan Haji Syakir. Sukma dihalang oleh ibunya daripada membuka pintu pagar kerana tidak pernah berjumpa dengan lelaki tersebut atau berhutang apa-apa dengannya. Tanpa menghiraukan amaran ibunya, Sukma membuka pintu pagar tetapi lelaki tersebut sudah tiada. Sukma bertanyakan tentang lelaki tersebut kepada ayahnya dan Haji Rashid. Mereka berpendapat mungkin lelaki tersebut tinggal berdekatan dengan kawasan tempat perumahan mereka dan berhasrat untuk menyatakan masalahnya. Di kawasan rehat kuliah, Sukma dan Teja berkenalan dengan seorang anak muda bernama Rafiq iaitu seorang pelajar baharu yang tinggal dan belajar di Washington sebelum itu. Dalam pada itu, Sukma tertanya-tanya siapakah diri Rafiq sebenarnya dan sebab dia tiba-tiba memperkenalkan diri seolah-olah ingin bersahabat atau Sukma dilanda perasaan.
Bab 3 – Rabu
Sukma menunggu kehadiran tetamu 6:20 di balkoni kamar namun dia disindir oleh ibunya. Ibunya menyatakan bahawa Sukma kelihatan resah dan mencadangkan agar Sukma berjumpa dengan kaunselor. Di pintu pagar, muncul 2 ekor kucing jenis Burman iaitu seekor berwarna hitam dan seekor berwarna putih. Namun kucing itu menghilang ketika Sukma membuka pintu pagar. Ayah Sukma mengajak Sukma ke Majlis Sumbangan Amal Persatuan Kraf Wanita Daerah yang kemungkinan dihadiri juga oleh Iskandar, kawan Sukma. Sukma akur dengan permintaan ayahnya. Di dewan kuliah itu Rafiq Mustaqeem, pelajar cemerlang semasa sama-sama menuntut dengan Profesor Darul di Amerika Syarikat menerangkan topik ‘Kemasyarakatan Islam’. Sukma pula masih tertanya-tanya tentang tetamu misteri 6:20.
Bab 4 – Rabu Malam
Sukma yang mengikut ayahnya ke majlis melibatkan orang kampung dan ahli persatuan telah bertemu dengan Ehsan berusia 3 tahun yang menghidap penyakit jantung dan penyakit kulit. Di majlis tersebut juga, Sukma bertemu dengan Rafiq dan Iskandar . Sukma tidak suka bercakap dengan Iskandar kerana Iskandar suka menyalahkan pentadbiran, merendahkan orang lain, suka melihat sesuatu dari sudut yang songsang dan suka meniru gaya barat. Ketika di majlis itu juga, Sukma ternampak perempuan tua (nenek) yang muncul di pintu pagar rumahnya pada 6:20 subuh Isnin tetapi tidak berkesempatan berjumpa dengannya.

2 comments:

  1. semuanya terbaru ini khas untuk budak tingkatan 3 2012!!!!!
    TERBAIK!!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete